Mengenai Saya

Anak kepada Manaf dan Rawiah. Dilahirkan pada 12 Feb 1966, di Kampung Chepor, Lenggong, Perak. Menetap di Kg Chepor sehingga tahun 1976, kemudian berpindah ke kampung halaman ayah, Pulau Langkawi. Masa tu Darjah 4. Di Langkawi, bersekolah di Sek.Keb.Bayas sehingga darjah 6. Kemudian bersekolah di Sek Men Tunku Putra, Padang Matsirat sehingga Tingkatan 3. Selepas SRP (Sijil Rendah Pelajaran) bersekolah di Sek Men Mahsuri, Kuah selama sebulan. Ditawarkan belajar di Sek Men Teknik, Tunku Abd Rahman Putra, Jln Ibbetson, Pulau Pinang (Dahulu dikenali sebagai Technical Institute Penang @ TI Penang). sehingga ke tahun 1983.

Tahun 1984, bekerja di Kedah Cement Sdfn Bhd. kemudian menceburi bidang kargo di Pelabuhan Teluk Ewa, Kuala Kedah dan Dermaga Tanjung Lembung sehingga tehun 2001. Berpindah ke Kg Temelong (Kampung Halaman Isteri) sehingga kini.

Memiliki 5 cahaya mata. Yang sulong, Nur Amalina, Kedua Syazwan,Ketiga Syazmizan dan yang bongsu kembar, Syamil dan Syawal.

yang benar,