Wednesday, May 4, 2011

Rebung

Hari ni aku berpeluang mencari rebung untuk makanan aku dan keluarga. Rebung ni mudah didapati pada bulan Mei, Jun dan Julai (Rebung buluh  - bukan yang ditanam tu). Kat tepi sungai lagi ler mudah nak cari. So pagi ni aku merayap ler tepi sungai, Banyak gak dapat rebung. So, bila dah dapat rebung, bemula la prosesnya:

Rebung yang berada dirumpun buluh diambil dengan menggunakan parang atau alat penggali.


















i. Proses Membuang kulit rebung (Menyiang). Keje ni wife aku ler yg buat..














ii. Rebung dah siap dibuang kulit.

















iii. Kemudian hiris ler rebung tu...Kalau nak cincang pun boleh gak. suka hati.

















Ni ler rupanyer... rebung yang telah siap dihiris-hiris. nampak sedap kannn


iv. Pastu... boleh ler direbus @ di jeruk.

Aku suka rebus terus jer pastu cicah ngan sambal, campur kerisik dan bawang. Besttttt

Nak try ke?
Rebung sekarang ni pun dah ada rebung madu. tp aku lebih suka cari rebung yang tumbuh kat tepi sungai jer. Senang lagipun kat kampung aku ni banyak...

nak lagi details pasal rebung ni kat sini: http://qasehsufi.blogspot.com/2011/03/manfaat-dari-buluh-rebung.html

No comments:

yang benar,