Sunday, February 7, 2010

Wajah Anak-Anak Harapan Kami.



Kakak Yang Sulong. Ader adik lelaki je... tak der abang, takde kakak.
Harapan Abah ngan Mak: Jangan Abaikan Solat Lima Waktu. Berdoa, Berusaha, Ikhtiar dan Bertawakkal lah kepada Allah semoga kakak berjaya dalam bidang yang kakak ceburi. Hanya dorongan, semangat dan doa kami sertakan.



Ni yang Nombor 2, Angah.. Ader tiga adik lelaki. Pesan Abah dan Mak: Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM tahun ni. Solat lima waktu usah di abai. Berdoalah kepada Allah selalu agar angah  mendapat apa yang angah hajatkan. Jangan fikirkan yang lain. Belajar bersungguh-sungguh dan hadapi SPm ni dengan tenang. Doa abah dan mak sentiasa mengiringi angah. Jadilah idola kepada adik-adik yang masih di sekolah rendah.






Baju Merah tu anak nombor 3, Kiri dan kanan,  adik kembar. Mana satu Bongsu nyer...

Ami... Belajarlah bersungguh-sungguh. Tahun ni kan Ami exam UPSR. Rajin-rajin lah membaca buku. Kurangkan bermain. Solat 5 waktu usah diabai. Banyakkan berdoa. Moga-moga Ami boleh ikut jejak Kakak dan Angah. Harap2 Ami boleh buat lebih baik lagi...

 Kembar ni nak pesan apa la pulak...  Tak payah pesan ler kot. Baru tahun satu... Asuh ler dulu....


Ni ler kuching kesayangan anak-anak.Jerry nama panggilan anak-anak. Yang ni pun manja gak...

1 comment:

Norgadis Labuan said...

Kira dah cukup bagus blog ni...


Buah jambu dipetik bapa
angkat sebiji terasa berat
lima waktu jangan dilupa
moga selamat dunia akhirat.

yang benar,